Sunday, February 10, 2008

Siapa Bakal Penyampai Terbaru di ERA?

Assalamualaikum! Kali ni pasai hiburan la pulek..Hiburannyer pasal siapakah bakal penyampai terbaru radio no1 Malaysia,ERA? erm,team2 ERA telah membuat ujibakat selama sebulan untuk mencari pengganti Hani iaitu bekas penyampai ERA.Akhirnya,tiga gadis manis diumumkan sebagai top 3 untuk bersaing dan membuktikan bakat masing-masing bagi mengisi kekosongan kerusi yang ditinggalkan oleh Hani..
Mereka adalah:




NATASHA AIMEE
Usia: 24 Tahun
Kod SMS: 1
Bakal ke udara di ERA pada: 28 Januari - 1 Februari 2008, 6-10pagi.
Gadis kelahiran Segamat,Johor ini merupakan seorang yang aktif dan terbabit di dalam banyak cabang seni seperti peragawati, penyampai rancangan TV,berlakon, voice over, dan menyertai pelbagai pertandingan ratu cantik seperti Puteri ERA Felisa, Gadis Metro, Pesona Nona dan lain-lain. Natasha yang berkelulusan di dalam bidang Maklumat dan Teknologi Komunikasi- Rekaan Grafik juga merupakan seorang yang gemakan sukan. Antara sukan-sukan yang menjadi pilihan Natasha adalah seperti bola jaring, bola tampar dan Futsal. menjadi penyampai radio adalah impian beliau.
Nantikan kemunculan Natasha Aimee pada 28 Januari dan selama seminggu beliau akan menemani AC Mizal dan Kieran. Sekiranya anda mengemari Natasha Aimee, anda boleh mengundi beliau secara SMS
Bagaimana mengundi Natasha Aimee?
Taip DJ 1 dan hantarkan 32555
Sekiranya anda tidak menyukai beliau anda boleh mengundi keluar dengan menaip:
Taip DJOUT 1 dan hantarkan ke 32555


NATASHA AZRINA
Usia: 21 Tahun
Kod SMS: 2
Bakal ke udara di ERA pada: 4 Februari - 8 Februari 2008, 6-10pagi.
Natasha Azrina, gadis manis berkelulusan Diploma in English Communication yang ini kini menetapi di kajang Selangor adalah seorang gadis yang memang bercita-cita untuk menjadi penyampai radio. Seorang yang ceria, Natasha Azrina percaya beliau mempunyai kebolehan untuk menghiburkan pendengar-pendengar ERA di waktu pagi. Natasha Azrina minat menyanyi, menarik, membeli-belah dan mengembara. Beliau gemar mendengar muzik R&B, Jazz dan Balada. Antara penyanyi yang beliau minati adalah seperti Matchbox 20, Ning Baizura dan Sheila Majid.
Nantikan kemunculan Natasha Azrina pada 4 Februari dan selama seminggu beliau akan menemani AC Mizal dan Kieran. Sekiranya anda mengemari Natasha Azrina, anda boleh mengundi beliau secara SMS
Bagaimana mengundi Natasha Azrina?
Taip DJ 2 dan hantarkan 32555
Sekiranya anda tidak menyukai beliau anda boleh mengundi keluar dengan menaip:
Taip DJOUT 2 dan hantarkan ke 32555

SALWANA
Usia: 26 Tahun
Kod SMS : 3
Bakal ke udara di ERA pada: 11 Februari - 15 Februari 2008, 6-10pagi.
Salwana yang lahir di Labuan Wilayah Persekutuan ini seorang yang meminati budaya, muzik, kesenian dan tarian. Hobi beliau ialah mendengar muzik dan sukan kegemaran beliau adalah bowling. Pernah bekerja di sebuah stesen radio di utara tanah air, Salwana sememangnya meminati dunia penyiaran dan bercita-cita untuk mmjadi seorang penyampai radio yang disegani.
Nantikan kemunculan Salwana pada 11 Februari dan selama seminggu beliau akan menemani AC Mizal dan Kieran. Sekiranya anda mengemari Salwana, anda boleh mengundi beliau secara SMS


Bagaimana mengundi Salwana?
Taip DJ 3 dan hantarkan 32555

Sekiranya anda tidak menyukai beliau anda boleh mengundi keluar dengan menaip:
Taip DJOUT 3 dan hantarkan ke 32555
So,kepada anda diluar sana tu,undi la salah satu daripada mereka..yg anda suka cara penyampaiannya..OK!!

Friday, February 8, 2008

Wedding Of The Years....

OK.kali ni cter pasai uncle aku pulek!!! Coz baru2 ni dia melansungkan pernikahannya dgn minah sorang ni...Akad nikah mereka berlansung 6Feb n bersanding 7Feb...Nama uncle aku tu Shaari Awang n bini dia plak,xtau plak aku ni.hehehe!! Tapi aku dgr budak2 ni dok panggil dia,Che Lah..erm,xtau la nama penuh nyer..Gambar2 tu aku la yg tangkap..Amacam? Boleh jadi jurufoto x aku ni???


















Sebelum ni,uncle aku ni penah bertunang ngan minah lain,tapi,xdak jodoh nk uat camne kann? Minah tu pon satu,benganggg!!!!!
Tup2,uncle aku ada jodoh ngan CheLah plak..Alhamdulillah!!!!














Diharap,smoga hubungan mereka berkekalan hingga ke ank cucu..Bukan stkat anak cucu,cicit pun ada sekali....Atau lebih baek,hingga ke akhir hayat!!

Ok la...EnjOy!!!!

Minat Baruku...BsB



Assalamualaikum..aPA khabar??? erm,kali ni aku nk kongsi cter pasai diri aku plak.xkan pasai hiburan je kannnn!! Ok la..apa yg aku nk kongsi ni adalah tntg minat baru aku kat artis.bukan artis tempatan tapi artis antaraabangsa..Iaitu Backstreet Boys...Aku mula minat kmpln ni sejak aku dgr je lagu terbaru depa yg berjudul "Inconsolable"...Erm,memang bez lagu tu..


Dulu, setahu aku,kmpln ni ada 5orang,tapi sekarang dah tinggal 4orang dah...Aku xtahu stakat mana aku leh minat kmpln ni...adakah setakat mana aku minat Elyana? erm,mungkin..!!

dalam ke-empat2 orang tu,aku paling suka Nick Carter..erm,nk tahu yg mana satu Nick Carter?? cari ler sendirian berhad..hahahaha!!!




Ahli Kumpulan
Nick Carter
Howie Dorough
Brian Littrel
AJ McLean

Monday, January 28, 2008

Dunia Baru The Movie


Dunia Baru!! Yezza,sebuah cter yg semakin popular d kalangan remaja dan sekarng sedang hangat d tayangkan d kaca TV kite sumer..Siapa yg sangka,drama Dunia Baru ni tetiba akan muncul d layar perak xlama lagi?? Dunia Baru The Movie atau DBTM arahan Hitler Zami akn di tayang d semua panggung wayang malaysia pd awal Februari ini..So,kite pakat2 g serbu panggung wayang la awal Februari ni,k!! Filem ini ber-genre kan komedi/drama,tapi bila baca jer sinopsisnyer,ia berbaur aksi suspen n humor..Jadi tahniah pd semua krew2 yg menjayakn filem terbaru ni..Semoga sukses!!


SINOPSIS

Apabila Anizah yg sepatutnyer melanjutkan pelajarannyer ke UK dlm bidang nanotechnology,diculik oleh bekas teman lelakinya,Fazley.Beliau meniggalkan pesanan dlm nota yg beliau dpaksa tulis oleh Fazley kpd rakan2nyer menyatakan yg beliau ingin meninggalkan segala impiannya dan mengahwini Fazley.

Disebabkan nota tersebut,Opie,Tajol,Adif,Madihah,Suzanna,Erika dan Darius mengambil keputusan utk menghalang Anizah dr berkhawin dan pegi ke Thailand.

Mereka mengalami pelbagai cabaran dan insiden2 yg mencabar dan lucu shingga mereka mengambil keputusan untuk kembali semula ke KL.Akan tetapi,disaat mereka putus asa tu,merka terserempak dgn kereta Fazley.

Disepanjang pejalanan ke utara,Fazley pulak asyik menculik saper je yg beliau terjumpa ditgh perjalanan yg mengesyaki menculik anizah..


Erm,nk tahu yg lanjut jom ar serbu panggung wayang Februari ni,k..

Maklumat lanjut layari http://www.duniabaruthemovie.com/ .

Sunday, January 27, 2008

Kontroversi Faizal Tahir tanggalkan baju...

Faizal Tahir atau Faizal OIAM tlah mencetus kontroversi menanggalkan baju semasa membuat konsert ulang tahun keempat 8TV d Centrel Park Avenue,Bandar Utama aritu..
Pada persembahan itu, Faizal menyampaikan dua lagu daripada album sulungnya berjudul Batu dan Golek serta Kerna Kamu dengan penuh perasaan.
Faizalyg tampil dgn pakaian lengkap x dapat mengawal diri lalu membuka pakaiannya satu persatu bermula dengan jaket, singlet dan seterusnya tali pinggang yang dipakainya dan melemparnya kepada penonton..mungkin terlalu excited koot.!!

Artis lain yang turut membuat persembahan ialah Pop Shuvit, Gerhana Ska Cinta, juara OIAM Suki, Bittersweet, Meet Uncle Hussain, band Hujan, juara Malaysian Idol, Jaclyn Victor dan penyanyi kelahiran Malaysia yang mencipta nama di peringkat antarabangsa, Che’Nelle.
Sementara itu, ketika ditemui, Ketua Pegawai Eksekutif 8TV, Ahmad Izham Omar, berkata pihaknya memandang serius perkara itu.
“Saya juga terkejut dan tidak menyangka Faizal akan melakukan perbuatan sedemikian ketika membuat persembahan secara langsung di TV.“

Pihak kami akan segera bersemuka dengannya dan meminta penjelasan daripadanya berhubung kontroversi berkenaan.

“Saya akan memastikan dia tidak melakukan perbuatan demikian pada persembahan yang disiarkan secara langsung 8TV pada masa akan datang.“Ini kali pertama dia melakukan perbuatan seperti itu ketika membuat persembahan di 8TV dan sebenarnya semua artis tempatan memang sudah maklum perbuatan seperti itu tidak dibenarkan sama sekali ketika membuat persembahan atau konsert yang disiarkan secara langsung di TV,” katanya.

Sebelum ini, Faizal pernah menimbulkan kontroversi ketika melakukan aksi meluncur yang disifatkan sebagai keterlaluan apabila dua lagu dendangannya Kasih Tercipta dan Mahakarya Cinta berjaya mara ke peringkat akhir kategori Balada Anugerah Juara Lagu ke-22, baru-baru ini.





Faizal Tahir di hukum membuat keje amal..


PETALING JAYA: “Saya memang merancang membuka baju ketika di belakang pentas lagi tanpa pengaruh dadah atau alkohol ketika itu.“Saya juga mengecat huruf S di badan ketika di belakang pentas kerana meniru aksi pelakon Tom Welling (watak Clark Kent) dalam siri popular Smallville yang diangkat dari cerita Superman,” kata naib juara pertandingan realiti TV, One In A Million (OIAM), Faizal Tahir.








Aduh la Faizal..Nape hang p tanggai baju,hah?? Paper pown,harap Faizal terus tabah menghadapi cubaan dlm kerjaya seni ni.ceeh!!

Actor Hollywood,Heath Ledger ditemui mati...

Assalamualaikum! Kalini,ada cter yg sedey wat peminat2 actor Hollywood, Heath Ledger,krn actor terkenal tersebut ditemui mati d apartmentnya krn dipercayai menelan pil tido berlebihan.Apsal la mamat tu pepandai p telan pil tido bebyk,kann.xpasai2 da mati...maybe,dia stress pasai awek dia kott?! eh,memandai plak aku ni,kann!!

Friday, January 25, 2008

Halu haluu!!


Assalamualaikum!! bertemu lagi yer kiter..ni post yg terbaru untuk tahun 2008 nih.da lamer aku xonline nih..Kpd korang yg minat kmpul liriklagu tu elh la g kat blog terbaru aku syahmi-liriklagu.blogspot.com .ok..untuk tahun ni,rasa macam muram je bg aku.tapi,aku kan coba tuk menceriakn ari2 aku nih..InsyaALLAH!! mekasih jugak tuk korang yg xjemu2 tuk menengok blog aku ni setiap kalinyer aku post.sayang u allzz!! Ok la aku xnk membebel pepnjg,aku nk tinggal kan korang ngan gambo gewe aku.hahah! guwau jer.ok choww!!