Sunday, February 10, 2008

Siapa Bakal Penyampai Terbaru di ERA?

Assalamualaikum! Kali ni pasai hiburan la pulek..Hiburannyer pasal siapakah bakal penyampai terbaru radio no1 Malaysia,ERA? erm,team2 ERA telah membuat ujibakat selama sebulan untuk mencari pengganti Hani iaitu bekas penyampai ERA.Akhirnya,tiga gadis manis diumumkan sebagai top 3 untuk bersaing dan membuktikan bakat masing-masing bagi mengisi kekosongan kerusi yang ditinggalkan oleh Hani..
Mereka adalah:




NATASHA AIMEE
Usia: 24 Tahun
Kod SMS: 1
Bakal ke udara di ERA pada: 28 Januari - 1 Februari 2008, 6-10pagi.
Gadis kelahiran Segamat,Johor ini merupakan seorang yang aktif dan terbabit di dalam banyak cabang seni seperti peragawati, penyampai rancangan TV,berlakon, voice over, dan menyertai pelbagai pertandingan ratu cantik seperti Puteri ERA Felisa, Gadis Metro, Pesona Nona dan lain-lain. Natasha yang berkelulusan di dalam bidang Maklumat dan Teknologi Komunikasi- Rekaan Grafik juga merupakan seorang yang gemakan sukan. Antara sukan-sukan yang menjadi pilihan Natasha adalah seperti bola jaring, bola tampar dan Futsal. menjadi penyampai radio adalah impian beliau.
Nantikan kemunculan Natasha Aimee pada 28 Januari dan selama seminggu beliau akan menemani AC Mizal dan Kieran. Sekiranya anda mengemari Natasha Aimee, anda boleh mengundi beliau secara SMS
Bagaimana mengundi Natasha Aimee?
Taip DJ 1 dan hantarkan 32555
Sekiranya anda tidak menyukai beliau anda boleh mengundi keluar dengan menaip:
Taip DJOUT 1 dan hantarkan ke 32555


NATASHA AZRINA
Usia: 21 Tahun
Kod SMS: 2
Bakal ke udara di ERA pada: 4 Februari - 8 Februari 2008, 6-10pagi.
Natasha Azrina, gadis manis berkelulusan Diploma in English Communication yang ini kini menetapi di kajang Selangor adalah seorang gadis yang memang bercita-cita untuk menjadi penyampai radio. Seorang yang ceria, Natasha Azrina percaya beliau mempunyai kebolehan untuk menghiburkan pendengar-pendengar ERA di waktu pagi. Natasha Azrina minat menyanyi, menarik, membeli-belah dan mengembara. Beliau gemar mendengar muzik R&B, Jazz dan Balada. Antara penyanyi yang beliau minati adalah seperti Matchbox 20, Ning Baizura dan Sheila Majid.
Nantikan kemunculan Natasha Azrina pada 4 Februari dan selama seminggu beliau akan menemani AC Mizal dan Kieran. Sekiranya anda mengemari Natasha Azrina, anda boleh mengundi beliau secara SMS
Bagaimana mengundi Natasha Azrina?
Taip DJ 2 dan hantarkan 32555
Sekiranya anda tidak menyukai beliau anda boleh mengundi keluar dengan menaip:
Taip DJOUT 2 dan hantarkan ke 32555

SALWANA
Usia: 26 Tahun
Kod SMS : 3
Bakal ke udara di ERA pada: 11 Februari - 15 Februari 2008, 6-10pagi.
Salwana yang lahir di Labuan Wilayah Persekutuan ini seorang yang meminati budaya, muzik, kesenian dan tarian. Hobi beliau ialah mendengar muzik dan sukan kegemaran beliau adalah bowling. Pernah bekerja di sebuah stesen radio di utara tanah air, Salwana sememangnya meminati dunia penyiaran dan bercita-cita untuk mmjadi seorang penyampai radio yang disegani.
Nantikan kemunculan Salwana pada 11 Februari dan selama seminggu beliau akan menemani AC Mizal dan Kieran. Sekiranya anda mengemari Salwana, anda boleh mengundi beliau secara SMS


Bagaimana mengundi Salwana?
Taip DJ 3 dan hantarkan 32555

Sekiranya anda tidak menyukai beliau anda boleh mengundi keluar dengan menaip:
Taip DJOUT 3 dan hantarkan ke 32555
So,kepada anda diluar sana tu,undi la salah satu daripada mereka..yg anda suka cara penyampaiannya..OK!!

No comments: