Sunday, January 27, 2008

Kontroversi Faizal Tahir tanggalkan baju...

Faizal Tahir atau Faizal OIAM tlah mencetus kontroversi menanggalkan baju semasa membuat konsert ulang tahun keempat 8TV d Centrel Park Avenue,Bandar Utama aritu..
Pada persembahan itu, Faizal menyampaikan dua lagu daripada album sulungnya berjudul Batu dan Golek serta Kerna Kamu dengan penuh perasaan.
Faizalyg tampil dgn pakaian lengkap x dapat mengawal diri lalu membuka pakaiannya satu persatu bermula dengan jaket, singlet dan seterusnya tali pinggang yang dipakainya dan melemparnya kepada penonton..mungkin terlalu excited koot.!!

Artis lain yang turut membuat persembahan ialah Pop Shuvit, Gerhana Ska Cinta, juara OIAM Suki, Bittersweet, Meet Uncle Hussain, band Hujan, juara Malaysian Idol, Jaclyn Victor dan penyanyi kelahiran Malaysia yang mencipta nama di peringkat antarabangsa, Che’Nelle.
Sementara itu, ketika ditemui, Ketua Pegawai Eksekutif 8TV, Ahmad Izham Omar, berkata pihaknya memandang serius perkara itu.
“Saya juga terkejut dan tidak menyangka Faizal akan melakukan perbuatan sedemikian ketika membuat persembahan secara langsung di TV.“

Pihak kami akan segera bersemuka dengannya dan meminta penjelasan daripadanya berhubung kontroversi berkenaan.

“Saya akan memastikan dia tidak melakukan perbuatan demikian pada persembahan yang disiarkan secara langsung 8TV pada masa akan datang.“Ini kali pertama dia melakukan perbuatan seperti itu ketika membuat persembahan di 8TV dan sebenarnya semua artis tempatan memang sudah maklum perbuatan seperti itu tidak dibenarkan sama sekali ketika membuat persembahan atau konsert yang disiarkan secara langsung di TV,” katanya.

Sebelum ini, Faizal pernah menimbulkan kontroversi ketika melakukan aksi meluncur yang disifatkan sebagai keterlaluan apabila dua lagu dendangannya Kasih Tercipta dan Mahakarya Cinta berjaya mara ke peringkat akhir kategori Balada Anugerah Juara Lagu ke-22, baru-baru ini.





Faizal Tahir di hukum membuat keje amal..


PETALING JAYA: “Saya memang merancang membuka baju ketika di belakang pentas lagi tanpa pengaruh dadah atau alkohol ketika itu.“Saya juga mengecat huruf S di badan ketika di belakang pentas kerana meniru aksi pelakon Tom Welling (watak Clark Kent) dalam siri popular Smallville yang diangkat dari cerita Superman,” kata naib juara pertandingan realiti TV, One In A Million (OIAM), Faizal Tahir.








Aduh la Faizal..Nape hang p tanggai baju,hah?? Paper pown,harap Faizal terus tabah menghadapi cubaan dlm kerjaya seni ni.ceeh!!

No comments: