Sunday, February 10, 2008

Siapa Bakal Penyampai Terbaru di ERA?

Assalamualaikum! Kali ni pasai hiburan la pulek..Hiburannyer pasal siapakah bakal penyampai terbaru radio no1 Malaysia,ERA? erm,team2 ERA telah membuat ujibakat selama sebulan untuk mencari pengganti Hani iaitu bekas penyampai ERA.Akhirnya,tiga gadis manis diumumkan sebagai top 3 untuk bersaing dan membuktikan bakat masing-masing bagi mengisi kekosongan kerusi yang ditinggalkan oleh Hani..
Mereka adalah:




NATASHA AIMEE
Usia: 24 Tahun
Kod SMS: 1
Bakal ke udara di ERA pada: 28 Januari - 1 Februari 2008, 6-10pagi.
Gadis kelahiran Segamat,Johor ini merupakan seorang yang aktif dan terbabit di dalam banyak cabang seni seperti peragawati, penyampai rancangan TV,berlakon, voice over, dan menyertai pelbagai pertandingan ratu cantik seperti Puteri ERA Felisa, Gadis Metro, Pesona Nona dan lain-lain. Natasha yang berkelulusan di dalam bidang Maklumat dan Teknologi Komunikasi- Rekaan Grafik juga merupakan seorang yang gemakan sukan. Antara sukan-sukan yang menjadi pilihan Natasha adalah seperti bola jaring, bola tampar dan Futsal. menjadi penyampai radio adalah impian beliau.
Nantikan kemunculan Natasha Aimee pada 28 Januari dan selama seminggu beliau akan menemani AC Mizal dan Kieran. Sekiranya anda mengemari Natasha Aimee, anda boleh mengundi beliau secara SMS
Bagaimana mengundi Natasha Aimee?
Taip DJ 1 dan hantarkan 32555
Sekiranya anda tidak menyukai beliau anda boleh mengundi keluar dengan menaip:
Taip DJOUT 1 dan hantarkan ke 32555


NATASHA AZRINA
Usia: 21 Tahun
Kod SMS: 2
Bakal ke udara di ERA pada: 4 Februari - 8 Februari 2008, 6-10pagi.
Natasha Azrina, gadis manis berkelulusan Diploma in English Communication yang ini kini menetapi di kajang Selangor adalah seorang gadis yang memang bercita-cita untuk menjadi penyampai radio. Seorang yang ceria, Natasha Azrina percaya beliau mempunyai kebolehan untuk menghiburkan pendengar-pendengar ERA di waktu pagi. Natasha Azrina minat menyanyi, menarik, membeli-belah dan mengembara. Beliau gemar mendengar muzik R&B, Jazz dan Balada. Antara penyanyi yang beliau minati adalah seperti Matchbox 20, Ning Baizura dan Sheila Majid.
Nantikan kemunculan Natasha Azrina pada 4 Februari dan selama seminggu beliau akan menemani AC Mizal dan Kieran. Sekiranya anda mengemari Natasha Azrina, anda boleh mengundi beliau secara SMS
Bagaimana mengundi Natasha Azrina?
Taip DJ 2 dan hantarkan 32555
Sekiranya anda tidak menyukai beliau anda boleh mengundi keluar dengan menaip:
Taip DJOUT 2 dan hantarkan ke 32555

SALWANA
Usia: 26 Tahun
Kod SMS : 3
Bakal ke udara di ERA pada: 11 Februari - 15 Februari 2008, 6-10pagi.
Salwana yang lahir di Labuan Wilayah Persekutuan ini seorang yang meminati budaya, muzik, kesenian dan tarian. Hobi beliau ialah mendengar muzik dan sukan kegemaran beliau adalah bowling. Pernah bekerja di sebuah stesen radio di utara tanah air, Salwana sememangnya meminati dunia penyiaran dan bercita-cita untuk mmjadi seorang penyampai radio yang disegani.
Nantikan kemunculan Salwana pada 11 Februari dan selama seminggu beliau akan menemani AC Mizal dan Kieran. Sekiranya anda mengemari Salwana, anda boleh mengundi beliau secara SMS


Bagaimana mengundi Salwana?
Taip DJ 3 dan hantarkan 32555

Sekiranya anda tidak menyukai beliau anda boleh mengundi keluar dengan menaip:
Taip DJOUT 3 dan hantarkan ke 32555
So,kepada anda diluar sana tu,undi la salah satu daripada mereka..yg anda suka cara penyampaiannya..OK!!

Friday, February 8, 2008

Wedding Of The Years....

OK.kali ni cter pasai uncle aku pulek!!! Coz baru2 ni dia melansungkan pernikahannya dgn minah sorang ni...Akad nikah mereka berlansung 6Feb n bersanding 7Feb...Nama uncle aku tu Shaari Awang n bini dia plak,xtau plak aku ni.hehehe!! Tapi aku dgr budak2 ni dok panggil dia,Che Lah..erm,xtau la nama penuh nyer..Gambar2 tu aku la yg tangkap..Amacam? Boleh jadi jurufoto x aku ni???


















Sebelum ni,uncle aku ni penah bertunang ngan minah lain,tapi,xdak jodoh nk uat camne kann? Minah tu pon satu,benganggg!!!!!
Tup2,uncle aku ada jodoh ngan CheLah plak..Alhamdulillah!!!!














Diharap,smoga hubungan mereka berkekalan hingga ke ank cucu..Bukan stkat anak cucu,cicit pun ada sekali....Atau lebih baek,hingga ke akhir hayat!!

Ok la...EnjOy!!!!

Minat Baruku...BsB



Assalamualaikum..aPA khabar??? erm,kali ni aku nk kongsi cter pasai diri aku plak.xkan pasai hiburan je kannnn!! Ok la..apa yg aku nk kongsi ni adalah tntg minat baru aku kat artis.bukan artis tempatan tapi artis antaraabangsa..Iaitu Backstreet Boys...Aku mula minat kmpln ni sejak aku dgr je lagu terbaru depa yg berjudul "Inconsolable"...Erm,memang bez lagu tu..


Dulu, setahu aku,kmpln ni ada 5orang,tapi sekarang dah tinggal 4orang dah...Aku xtahu stakat mana aku leh minat kmpln ni...adakah setakat mana aku minat Elyana? erm,mungkin..!!

dalam ke-empat2 orang tu,aku paling suka Nick Carter..erm,nk tahu yg mana satu Nick Carter?? cari ler sendirian berhad..hahahaha!!!




Ahli Kumpulan
Nick Carter
Howie Dorough
Brian Littrel
AJ McLean