Dalam ketenangan angin meniup sempoi2 bahasa gitu,tiba2 aku terjaga dari lamunan mimpiku.Badanku basah kerna hujan mulai turun pada ketika itu.Aku terus bangun untuk menutup semua jendela di dalam rumahku.Lalu,aku duduk di ambang pintu rumah.Aku merenung dan termenung jauh.Tiba2 aku lihat kucing2 yang basah berjalan dalam hujan.Aku terys berlari ke arahnya dan membawanya ke atas rumahku.Aku mengambil sehelai tuala untuk mengesat badannya yang basah kuyup itu.Beberapa minit selepas itu,aku terlelap lagi.
Dalam lenaku itu aku bermimpi akan sesuatu.Aku bermimpi aku mengejar kucingku yang lari di bawa oleh orang yang tak dikenali.Aku mengejar dan terus mengejar,tetapi tidak ku dapat.Aku terjaga dari lenaku.Aku melihat di sekeliling rumahku.Kucingku sudah tiada.Barangkali ia sudah keluar.Aku menarik nafas panjang tanda lena kerana semua itu tadi hanyalah mimpi.Kata orang mimpi itu mainan tidur.Tetapi,adakah mimpi itu akan menjadi kenyataan pada suatu hari nanti? Siapa yang tahu...
Hujan mulai berhenti.Aku ke arah dapur mendapatkan ibuku yang sedang memasak untuk makan tengahari.Perutku sudah mulai berbunyi menandakan aku sudah lapar.Ibuku bilang lagi 20minit,kami sekeluarga boleh menikmati hidangan itu.Aku merasa bosan lalu terus menonton televisyen.Beberapa minit selepas itu,kawanku memanggil aku untuk keluar bermain.Kerana terlalu bosan,aku terus keluar.Aku menunggang basikal yang baru dibeli oleh ayahku menuju ke taman.Aku mengayuh basikal dengan tenang.Tiba2,aku dan kawanku itu ternampak bangkai kucing terdampar di tepi jalan.Warna badan kucing tersebut seperti warna badan kucingku.Aku menghempapkan basikalku dan terus berlarimenuju ke arah kucing itu.Alngkah terkejutnya aku apabila melihat kucing tersebut adalah kucing aku.Air mataku mulai mengalir.Aku terkilan.Memang benar mimpiku itu sudah menjadi kenyataan.Aku mengesat air mataku dan membawa bangkai kucing itu pulang.Aku menanam bangkai kucingku di belakang rumah dengan bantuan kawanku.Kawanku turut bersimpati denganku.Keluargaku tidak tahu apa2 kerna aku tidak memberitahu mereka mengenai kucingku itu..Aku percaya yang kucingku itu akan aman diatas 'sana'(Syurga)..
Aku akan simpan segala memori2 aku bersama kucingku itu didalam dadaku buat selama2nya..
p/s:alah!! POYO gler cter nih! kikikikih!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment